BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Followers

IN THE NAME OF ALLAH,THE BENIFICENT AND THE MERCIFUL

IN THE NAME OF ALLAH,THE BENIFICENT AND THE MERCIFUL
" Satu yang ingin saya ingatkan iaitu manusia mudah lupa. Jadi, kita patut saling mengingati. Jangan terlalu mudah melenting jika dinasihati. "
قُلْ إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ “Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.” (Al-An’am : 162)

Ahad, 21 Ogos 2011

HARGAILAH ORANG YANG KITA MILIKI..


RENUNGKANLAH DIDALAM HATI.. 



Pada suatu hari di sekolah murid bertanya pada gurunya.. ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan??

Cikgu : Ok, kamu ikut apa yang saya surah, kamu pergi ke padang. Kamu berjalan di atas sambil memandang rumput di depan kamu. Pilih yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali pun.

Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas tiada sehelai rumput pun ditangannya. Cikgu bertanya kenapa tiada rumput yang dipilih?

Pelajar : tadi saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik, maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik. Mungkin ada diantara yang belakang saya tadi rumput yang paling cantik tapi cikgu cakap jangan menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang boleh dipetik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya, maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kite mencari lagi yang lebih baik dari itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik2nya. Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Semoga yang berlalu tidak berulang lagi . dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling baik. Walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi….

pikirkan dan renungkan..

0 ulasan: